Sambutan Zack Snyder's Justice League

Penontonan

Ekoran hujung minggu pembukaan, Samba TV melaporkan bahawa 1.8 juta isirumah Amerika Syarikat telah menonton filem itu dalam sekurang-kurangya lima minit yang pertama dalam tempoh 19–21 Mac, kurang daripada jumlah tiga hari satu lagi filem DCEU iaitu Wonder Woman 1984 (2.2 juta) tetapi mendahului episod rintis (pilot) The Falcon and the Winter Soldier (1.7 juta) yang muncul pada tempoh yang sama di Disney+.[164]

Ulasan kritikal

Persembahan (kiri ke kanan) Ray Fisher, Ben Affleck, dan Ezra Miller dipuji ramai pengkritik yang kagum dengan perwatakan mereka yang lebih didalami dalam versi Snyder.

Para pengkritik memuji Snyder atas usaha arahan dan kemampuan untuk mengembangkan lagi watak-watak filemnya, tetapi tempoh tayangan yang panjang dipertikaikan.[165] Majalah Variety menyatakan bahawa semua pengkritik, tanpa mengira pendapat mereka tentang versi Synder, sebulat suara sependapat bahawa ia lebih baik daripada versi pawagam yang asal.[166] Hal ini turut dipersetujui oleh The Hollywood Reporter dan TheWrap yang mendapati bahawa kebanyakan pengkritik mendapati Snyder Cut lebih bagus daripada versi 2017.[165][167] Akan tetapi, Total Film melaporkan bahawa pengkritik berbelah bahagi pendapat sama ada Justice League versi Snyder lebih baik atau buruk daripada versi pawagam.[168]

Laman web penjumlah ulasan Rotten Tomatoes melaporkan bahawa 73% daripada 250 ulasan pengkiritk bagi filem ini adalah positif, dengan purata markah 6.8/10. Menurut kata sepakat laman tersebut, Zack Snyder's Justice League menepati tajuknya dengan filem yang dilanjutkan sehingga berlarutan untuk menepati visi sang sutradara dan sewajarnya memenuhi cita rasa peminat yang menuntut akan kewujudannya.[169] Menurut Metacritic pula, filem ini menerima "ulasan bercampur baur" berdasarkan kiraan purata markah berwajaran sebanyak 54 per 100 berdasarkan 44 orang pengrkitik.[170] Kedua-dua markah lebih tinggi berbanding versi asal (masing-masing 40% dan 45).[171][172]

Rujukan

WikiPedia: Zack Snyder's Justice League http://www.imdb.com/title/tt2361974/ http://www.reelanarchy.com/exclusive-heres-what-at... https://www.billboard.com/articles/news/9539555/za... https://www.businessinsider.com/how-justice-league... https://www.businessinsider.com/snyder-cut-letter-... https://www.buzzfeednews.com/article/krishrach/all... https://www.cbr.com/walking-dead-robert-kirkman-re... https://www.cbr.com/zack-snyders-justice-league-fo... https://www.cinemablend.com/news/1670669/original-... https://www.cinemablend.com/news/2436990/thanks-to...